Saturday 23 July 2011

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN

Unit Teknologi Pembinaan merupakan salah satu kursus kemahiran yang merangkumi bidang yang luas berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan. Kursus ini mula ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu Sejak Disember 2001. Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan rekabentuk untuk tujuan pembinaan, penyediaan lukisan-lukisan pembinaan. Disamping itu juga para pelajar juga didedahkan dengan kaedah-kaedah untuk melakukan ujian kawalan mutu semasa pembinaan.